Translate

Friday, 10 January 2014

IN LOVE WITH YOU - BAB 1

1

“Uhuk..uhuk..” Haih, siapa pulak yang tengah berangankan aku ni? Sampai terbatuk-batuk aku dibuatnya. Rayyan merungut sendirian di dalam hati. Nasib tidak tersembur makanan yang sedang dimakannya itu. Segera dicapainya air mineral dalam botol di sisinya. Kata orang, kalau kita tersedak tiba-tiba maknanya ada orang sedang berangankan kita. Paling teruk, ada yang sedang mengumpat la tu. Tapi, untuk Rayyan ni, mungkin ada orang yang tengah berangankan dia gamaknya. Mungkin juga peminat yang sudah jatuh cinta dekat dia. Teori nampak macam mengarut tapi Rayyan percaya jugak. Haha haha..

          “Eh, kau ni gelojoh sangat la.” Tegur Eddy, tukang mekap artis yang lembut itu. Geli pulak Rayyan mendengarnya. Rasanya bulu roma dah naik. Eee..

          “Ada orang tengah berangankan saya ni. Sampai tersedak saya dibuatnya.” Jelas Rayyan. Dituduh pulak aku ni gelojoh. Dia tak nampak ke aku makan punya main tertib tadi. Kalah permaisuri kat istana sana.

          Eddy mencebik. “Kau percaya sangatlah benda karut macam tu. Entah-entah ada orang tengah mencarut kau.”

          Rayyan tersenyum kecil. Entahlah betul atau tidak, malas dia nak layan. Segera Rayyan berlalu meninggalkan Eddy sendirian ke tempat di mana para pelakon berehat. Hari ini Rayyan ada shooting filem terbaru. Rayyan oo yang jadi hero. Confirm perempuan dekat Malaysia ni tak sabar nak tengok filem ni. Filem romantik pulak tu.

         Eh, tentang teori tersedak sebab ada orang tengah berangankan Rayyan tu rasanya betul! Memang ada yang tengah berangan dia la. Siapa lagi kalau bukan peminat nombor satu Rayyan yang jatuh katil sebab termimpi-mimpikan dia tu. Betul tak? Hehehehehe..
        




SYAFIQ memandang kubikel seorang akauntan yang masih kosong walhal jam sudah menunjukkan pukul sembilan empat puluh lima minit pagi. Dia melihat sekeliling pejabatnya itu. Manalah tahu, Fika sudah datang tapi sedang merayau di tempat lain. Tau jugakla kan.. Si Fika tu memang nakal.
         
      Dia menghampiri kubikel Aisyah, kawan karib Fika yang dilihatnya sedang menaip sesuatu di komputer ribanya. Terkejut Aisyah bila Syafiq datang menghampirinya. Tak pernah-pernah Syafiq, bos mereka di FA Engineering Sdn. Bhd. ni nak datang ke mejanya. Tetiba pulak hari ni dah terpacul di hadapannya. Yalah, selalu meja Fika sahaja yang ditandanginya.
      
     ‘Ah, tengok dekat-dekat dia ni handsome pulak! Cair pulak hati ni.’  Desisnya. Tersengih dia bila melihat Syafiq yang super kacak itu.
          
     “Aisyah, Fika hari ni tak datang ke?” Sengihan di bibir Aisyah perlahan-lahan hilang. La, dia nak tanya Fika ke? Eh, mati-mati aku ingat dia nak tanya aku! Cuba la tanya aku ni sihat ke tidak. Dah makan belum? Ini dia boleh tanya Fika pulak? Huh..Nasib,nasibbb.

      Aisyah menggeleng perlahan. “Saya tak tahulah, Syafiq. Mungkin dia tak sihat.”

      Syafiq mengerutkan dahi. Entah untuk apa kerutan itu. Mungkin dia risau, kalau-kalau Fika memang benar-benar sakit.
“Oh, tak apa la. Awak sambung kerja awak.”

      Segera Syafiq berlalu. Yalah, karang dia di situ lama-lama si Aisyah ni dok tersengih-sengih. Macamlah dia tak tahu, semua gadis bujang di ofisnya ini menyukainya termasuklah si Aisyah ni. Ceh, masuk troli sorong sendiri! Haha haha..

      Iphone 4 di poket seluarnya diambil. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Ah, memang dia tak datang ofis la hari ni! Dah dua jam berlalu waktu masuk perjabat. Mengapa ek dia tak datang? Tak sihat? Semalam okey saja pun dia.
         
       Gatal hatinya untuk menghubungi gadis a.k.a teman tapi mesranya di ofis yang comel itu. Akhirnya dia buat keputusan untuk tidak menghubunginya. Yalah, dah jam sepuluh kut. Satu apa pun tak buat lagi. Dahlah dia ni bos. Haha haha.. petang nantilah saya call awak ye Fika..





FIKA duduk di ruang tamu. Sesekali ditekan-tekannya alat kawalan jauh menukar siaran TV yang sangat membosankan itu. Huh, Astro ni asyik ulang tayang je. Tak ada cerita yang fresh ke? Siaran 132 menjadi pilihan. Saluran lawak la ni. Ngam pulak masa tu ulangan ‘Maharaja Lawak Mega 2012’ minggu pertama. Memang dia sangat suka rancangan ini. Memang lawak. Lebih-lebih lagi pelawak terkenal, JOZAN tu la. Minggu pertama dah boleh buat orang gelak. Dia juga suka kumpulan SHIRO. Ala, juara Raja Lawak musim ke-enam tu. Dia paling suka Shahrol tu la. Suara sebijik macam Jep Sepahtu.
       
         Layan punya layan rancangan tu, tak sedar pulak jam sudah menunjukkan jam lima petang. Eh, cepatnya masa berlalu! Dah waktu balik ofis ni. Fika tersengih sekejap. Mmebayangkan kehairanan Aisyah, teman karibnya di ofis itu. Mungkin dia hairan kenapa aku tak hadir hari ni. Dan..teman tapi mesranya itu confirm hairan jugak. Siapa lagi kalau bukan Syafiq. Syafiq, project manager aka pengurus baru aka project manager yang menggantikan Encik Fadhil setahun yang lepas.. Selama dua belas bulan Syafiq menjadi bosnya, Fikalah yang paling rapat dengan Syafiq. Entah kenapa, tapi macam ada chemistry pulak bila mereka bersama. Dan, paling peliklah bila Syafiq suruh semua staf di ofisnya untuk tidak memanggilnya ‘Encik’ atau ‘Bos’ atau yang seangkatan dengannya lah.. Tak semua bos begini tau. Yang perempuan dia suruh panggil nama dia saja. Yang lelaki dia suruh ber’aku-engkau’ saja. Entahlah.. Sebab itulah, bila Syafiq nak ajak dia jadi teman tapi mesra dia, Fika nak je. Yang paling Fika suka, Syafiq ni tak sombong. Suka senyum dan suka beramah mesra dengan staf bawahan dia walaupun dia pangkat besar.

         Lagu ‘Grenade’ nyanyian Bruno Mars berkumandang tiba-tiba. Eh, itu ringtone telefon bimbit aku tu. Segera Fika mengesan tempat bunyi itu berlagu. Fika ini memang, selalu saja letak telefonnya merata tempat. Itu yang susah kalau ada orang call atau SMS dia, sebab Fika pun tak tahu kat mana telefon dia tu. Fika masih lagi mencari-cari. Makin dekat dan makin dekatttt…

         Bunyi itu berhenti. Ceh, penat aku cari berhenti pulak. Fika menunggu seketika. Manalah tahu si pemanggil mahu menelefon kembali.

         “I’d catched a grenade for you, throw my hand on a blade for you..I’d jumped in front of a train for you.” Eh, dah ada balik. Kelam kabut Fika mencari, dan akhirnya jumpa jugak. Ceh, kat bawah tilam ni aje rupanya. Sebelah aku duduk tadi je rupanya. Hampeh! Bunyi macam berbatu-batu jauhnya dari aku. Eh, melebih pulak hiperbola tu! Haha haha..

           Helo.” Fika menyahut selepas tahu siapa pemanggilnya. Syafiq aka teman tapi mesranya itu. (Sangat)

         “Helo, Fika! Awak dekat mana?”
             
         “Saya dekat rumahlah.”

         Syafiq diam sebentar. “Kenapa tak datang ofis?” tegas suara Syafiq di sebelah sana. Hurmm, mesti dia fikir aku malas. Yalah, dengan selamba deknya aku cakap kat rumah tadi. Alahai, apa aku nak ‘goreng’ n ? Idea, idea datang la!

         Ting! “Erm, saya tak sihat tadi!” Haha haha.. Hantam sajalah. Bukan tak tahu, si Syafiq ni tak suka kalau stafnya ponteng kerja sesuka hati. Jadi, ‘goreng’ apa yang patut saja la. Fika berdeham selepas itu. Rasa bersalah mula menyelimuti. Dia mana suka menipu. Tapi kata orang, untuk menangkan diri haruslah menipu, bukan? Eh, dari mana pulak datangnya pepatah sebegitu. Main hentam saja si Fika ni. Bukan apa, dah alang-alang lambat bangun tadi tu, biarlah dia ponteng terus, kan? Hahaha..

          “Oh, teruk ke? Dah pergi hospital?” Kedengaran Syafiq bersuara risau. Fika bersorak riang dalam diam. Percaya pulak si Syafiq ni. Huhh..

          “Eh, tak adalah teruk sangat. Sekarang dah okey dah. Esok saya pergi kerja ya?”

         “Okey. Awak rehatlah dulu. Satu hari tak jumpa awak rindu la. Esok kena datang kerja ya?” Wah, rindu? Fika tekedu seketika. Betul ke apa yang dia dengar ni? Rindu? Alahai tak tidur aku malam ni! Ceh, perasan sungguh kau ni wahai Fika!

         Talian dimatikan.





“KAU tak pergi kerja hari ni, Fika?”
         
       Nabila, housemate Fika baru sahaja balik dari kerja. Terkejut jugak Nabila bila melihat Vios putih Fika sudah terparkir di halaman rumah. Jam baru lima setengah petang. Awal lagi ni kalau untuk Fika. Selalunya Fika la yang paling last datang rumah. Sebenarnya, ada tiga orang tinggal kat dalam rumah teres dua tingkat yang mereka sewa ni. Seorang lagi entah, belum sampai rumah. Banyak kerja la tu.

         Nabila berbaring di sofa. Seharian berada di ofis, terasa penat sangat. Hari-hari dia begini. Penat sampai tak cukup tidur. Lebih-lebih lagi kalau ada kerja yang harus dibawa ke rumah. Amira, kawan mereka yang lagi satu tu, cukuplah tak suka kalau kerja dibawa ke rumah. Dia tu agak strict jugak la. Dia kata, hal kerja jangan dibawa masuk ke rumah. Rumah tempat untuk berehat.

        Penat sungguh rasanya. Namun, dia selalu ceria jika Fika dan Amira ada bersamanya. Lebih-lebih lagi kalau ada Amira. Nabila dan Amira memang satu kepala. Hobi mereka juga adalah sama. Menjerit! Yup, itulah hobi mereka yang sangatlah tidak disukai oleh Fika. Boleh cair woo taik telinga.

        “Aku tak sihat.” Bohong Fika. Terpaksa. Kalau bukan sebab tak nak digelakkan oleh si Nabila ni, tidaknya dia hendak berbohong. Kang tak pasal-pasal kena gelakkan kalau dia cerita yang dia jatuh katil sebab mimpikan seorang artis. Kang tak pasal-pasal jugak Fika bagi penumbuk maut kalau Nabila atau Amira gelakkan dia. Huh.

       “Dah pergi hospital?” Tengok! Ini yang Fika lomah ni. Nabila ni baik sangat. Tengoklah, Nabila sangat prihatin dengannya. Padahal Fika ni bohong je.

       “Aku okey aje. Dah baik pun.” Itu saja yang Fika jawab. Makin dia bercakap, makin banyak pulak penipuannya kang! Matanya dialihkan ke televisyen. Maharaja Lawak Mega 2013 dah habis. Tak ada penyingkiran pun. Sampai minggu keempat katanya tak ada penyingkiran. Ceh, sempat pulak bagitahu si Fika ni! Haha haha..

        Bunyi enjin kereta kedengaran masuk ke halaman rumah. Hah, lagi satu kereta sudah memenuhi halaman rumah mereka. Tiga buah kereta woo. Amira la tu yang datang. Ni pun mesti nak tunjuk muka penat dia macam Nabila ni hah.

        Terjengul wajah Amira di muka pintu. Muka pun dah macam… eh, entahlah! Dah tak ada umpama muka dia ni. Haha haha..

       “Penat?” Soal Fika. Ceh, si Fika ni! Kura-kura dalam perahu betul. Dah nampak muka Amira penat dan rambut Amira yang dah macam sarang burung tu, lagi mahu tanya. Haha haha.. Mencemuh nampak!

       Amira duduk di sofa bersebelahan dengan Nabila. Kemudian, dia mengangguk. “Banyak sangat kes hari ni. Semua aku yang kena handle. Nak pergi siasat tempat kejadian, nak kena siasat defendan lagi. Huh.. Penatnya!!!!” Hah, tengok! Dah cerita pasal kes dan defendan dia pulak. Maklumlah si Amira ini kan peguam. Penat sampai mengeluarkan ‘hobi’nya. Menjerit!

      “Oh.” Ceh, si Fika ini! Si Amira cakap punya main detail, dia cakap ‘oh’ je. Hadoii, apa punya kawan! Haha haha..

      Mata Amira tiba-tiba membulat. Sesuatu yang sungguh-sungguh Fika perlu tahu. “Wehhh!!!!” Nah, sudah! Hobi Amira yang satu itu sudah keluar. Amira yang menjerit itu memeranjatkan Fika yang sedang menonton televisyen.

      “Heh! Kau dah puas hidup ke? Nak aku sembelih kau? Buat aku terkejut aje la kau ni. Hisyy!” Dah, sudah! Si Fika dah mula naik berang. Dah transform jadi singa betina dah lagaknya. Amira terdiam seketika. Takut jugak woo.. Ayat yang ‘kau dah puas hidup’ tu yang tak boleh tahan tu. Seram weii. Tapi, dia ada something nak bagitahu Fika ni. Sangatttttt penting woi.

      “Kau boleh sembelih aku, kerat aku 18 ke aku tak kisah! Tapi, biar aku cakap dulu apa yang aku nak sangat cakap ni.” Ceh, loyar buruk punya minah. Amira menarik nafas sebelum meluahkan something yang rasanya akan membuat rumah mereka akan bergema tidak lama lagi.

      “Aku nampak Rayyan Mikhail tadi! Depan ofis aku!!!!!” Nama Rayyan Mikhail ditekan sedikit supaya minah depan dia ni dengar betul-betul siapa yang dikatakannya itu. Serta-merta mata Fika membulat. Dannn….

      “Haaaaaaaaaaa???? Betul ke ni, wehh?” Hah, kan dah kata tadi! Confirm bergema rumah ni dek jeritan EXCITED Fika yang kuat itu. Sampai Nabila yang disebelahnya berpindah tempat duduk ke sebelah Amira. Tak berminat langsung Nabila nak dengar pasal Rayyan Mikhail semua ni. Jadi, dia hanya berdiam diri.

      Amira tersenyum. Dia pun excited jugak nak cerita ni. Bila, di mana, dan kenapa dia boleh nampak Rayyan Mikhail depan firma guaman Amira tu. RAYYAN MIKHAIL ye….. Rayyan Mikhail! Rayyan Mikhail yang Fika minat sangat tu! “Ya, betul! Takkan aku salah nampak pulak! Mata aku ni belum buta lagi tau!”

       Fika tersenyum lebar. “Ngapain dia di situ?” Eh, apasal aku cakap indon pulak ni? Hah, tengok! Sebab Rayyan Mikhail tu je Fika dah melalut semacam.

      “Eh, kau ni! Dah kena sampuk jin Indonesia ke ape? Aku rasa dia tengah shooting kut. Sebab tadi aku nampak ada khemah and kamera tadi. Banyak orang pulak tu. Agaknya ada scene pelakon yang jadi peguam kut dalam cerita tu. Hensem weh dia bila tengok depan mata.”

      “Kau ada tangkap gambar dia tak?”

      “Tak ada. Tadi aku rush nak pergi mahkamah. Ada kes yang aku kena handle.”

      Fika memuncung. “Apasal kau ni bodoh sangat? Lain kali pergi la tangkap gambar dia. Dah kau tahu kawan kau ni suka sangat dekat dia, tangkap la.”

      “Amboih, mana lagi penting? Kerja aku ke Rayyan Mikhail kau tu? Huh.”

      Fika mencebik. Memang la kerja yang sangat penting. Tapi bagi Fika, kalau nampak Rayyan Mikhail, tengah meeting dekat pejabat pun, dia sanggup lari dari dari meeting tu. Demimu oh Rayyan. Hehehehe..

      “Eh, lain kali kalau kau nampak dia lagi kat depan ofis kau tu atau kat mana je la, kau bagitahu aku. Kau telefon aku ek. Kalau dia nak pergi, kau tahan. Kau cakap yang jodoh dia nak datang jumpa dia. Jodoh dia tu aku la. Hehe hehe..”

      Amira buat muka juling ke atas. Perasan sungguh si Fika ni. “Jodoh la sangat. Dah kenapa dengan kau ni gilakan dia tu sangat? Isy, gila betul!”
        “Kalau awak tak tau tak payah nak menyibuk. Kau mana suka dia, kalau kau suka dia kau tahu la. Eh, janji dengan aku tau! Kalau dia ada lagi call aku.”


        “Ya la. Kau pulak jangan tak angkat telefon kalau aku call. Melepas kang!” Ceh, cakap macam benar saja yang Rayyan Mikhail nak shooting lagi depan ofis si Amira tu. Haha haha…

No comments:

Post a Comment