Translate

Friday, 10 January 2014

IN LOVE WITH YOU - BAB 2

“AWAK OKEY HARI NI?” Itulah ayat pertama yang dia dengar dari mulut Syafiq ketika dia berada di pejabat. Saat itu, perasaan bersalah mula menjengah Fika. Huh, Syafiq ni prihatin betul. Padahal aku tipu dia saja. Bukan betul pun. Terpaksalah aku tipu lagi.

        “Okey.” Fika menjawab itu sahaja. Tidak mahu membohong lagi. Namun, tiba-tiba tangan Syafiq singgah di dahinya. Eh, apasal pulak dia ni? Pegang-pegang dahi aku ni? Isy! Segera Fika menepis tangan Syafiq daripada terus memegang dahinya.

        “Apa awak ni?” marahnya. Yalah, suka-suka hati dia saja mahu memegang dahinya. Tanpa izin pulak tu. Huh. Nasib la dia ni bos aku kalau tak sudah aku bagi penampar maut aku kat dia ni.

        “Apa yang apa? Saya Cuma nak rasa dahi awak. Awak tu, cakap aja okey tapi sebenarnya idok. Tu yang saya pegang tu.” Syafiq menjawab. Dia nak terangkan bahawasanya dia pegang bukan saja-saja. Tapi ada sebab. Namun, sikap Syafiq itu benar-benar membuat Fika geram. Over betul dia ni. Sampai nak pegang-pegang.

        Fika mengerutkan dahi. Benar-benar dia marah. “Awak ni, saya okey sajalah. Tak payah nak risau sangat. Kalau saya tak okey tak payah saya datang kerja hari ni. Menyusahkan saya saja. Tapi sekarang ni, saya betul-betul okey. Tak payah nak risau la.”

        Syafiq hanya diam. Sedar dia yang kelakuannya itu memang over. Ceh, macamlah aku ni pakwe dia.
Haih, kenapalah aku buat macam tu? Confirm la dia tak selesa. “Sorry.” Itu sahaja yang mampu dia kata. Malu woi malu.. Segera dia berlalu ke bilik kerjanya. Bukan apa, dia benar-benar malu woiiiii. Haha haha..

        Fika hanya melihat Syafiq pergi. Ceh, malu la tu! Tu la, siapa suruh kau pegang dahi aku? Isy!

        “Aiseh. Siap main pegang dahi lagi kau ya. Untung la kena pegang Syafiq.” O mak ai. Terkejut mak! Aisyah sudah tersengih. Si Aisyah ni, bukannya bagi salam dulu terus saja menerjah.

        “Mana ada.” Ceh, konon! Padahal memang kena pegang pun tadi. Aisyah senyum mengejek. “Ya la tu. Macam la orang ni tak ada mata. Tu hah, kakak-kakak yang sana tu dari tadi tengok kau. Jeles la tu tengok kau dengan Syafiq.” Lantas, Fika melihat kepada ‘kakak-kakak’ yang dimaksudkan oleh Aisyah itu. Oooooo… Eh, panjang sangat bunyi O ni. Hehe.. Kakak-kakak yang dimaksudkan oleh Aisyah itu sedang memandangnya tajam. Isy, mengapa pulak mereka ni nak marah-marah? Bukannya aku ada apa-apa pun dengan Syafiq. Takkan la dorang ni tak tahu aku ni memang teman rapat Syafiq di ofis ini.

        “Bakpe pulak dorang nak marah bagai ni? Bukan aku ada apa-apa dengan si Syafiq tu pun. Kalau dorang nak, pergilah tackle dia. Isy, tak paham betullah!” Fika benar-benar geram. Entah apa-apa la dorang ni.

        “Ya la, cik kak. Tak payah la awak nak marah sangat. Jom kita buat kerja kita. Tak payah nak layan diorang tu sangat la.” Aisyah sudah takut. Hmm, dia memang paham sangat dah dengan Fika yang suka sangat naik angin sikit. Macam mercun la si Fika ni, sikit-sikit nak meletup. Tu yang dia seram tu.






Lunch together? See you kat kafe eh :)

SEGERA Syafiq tekan butang send. Dia hantar kepada Fika. Ceh, main SMS pulak si Syafiq ni. Padahal satu ofis je. Sepuluh langkah je dah sampai kat kubikel Fika. Bukan apa, segan la dia nak ke meja Fika. Dia masih malu dengan hal tadi. Tu la dia hantar SMS saja.

           Tut..tut.. Tanda SMS masuk berbunyi. Lantas Fika membukanya. Ceh, dari Syafiq rupanya. Fika tersengih. Main SMS pulak si Syafiq ni. Malu la tu. Hehe hehe.. lebih baik aku kenakan dia. Idea nakal sudah mula menjengah Fika.

Lunch ? Okey but sebelum tu awak kena lompat katak dari bilik awak ke meja saya. Amacam? Boleh ? If not, no lunch la. :P

              ‘SEND’! Fika tersenyum simpul. Sementara Syafiq yang sudah menerima mesej itu sudah membulat mata. Lompat katak? Amboih, tak ada masa aku nak buat kerja gila tu. Tapi Fika kata dia tak akan lunch dengan aku kalau aku tak lompat katak. Huh, macam mana ni! Aku nak lunch dengan dia.

           Syafiq melihat Fika melalui window screen yang ada di dalam biliknya itu. Dilihatnya Fika sedang tersenyum sambil menunduk ke bawah. Pasti Fika hendak mengenakannya. Huh, takkan la? Takkan la aku nak buat benda tu? Isy, mahu digelakkan satu kantor ni kalau dia buat begitu. Dah la dia bos. Aaaaaa, mama! Tolong Fiq. Ceh, si Syafiq ni! Minta tolong mama dia pulak. Haha haha.


Tak nak la. Tak ada kerja yang lebih senang sikit ke dari ni? Huh.

          
       Fika sudah hendak ketawa membaca SMS dari Syafiq itu. Tapi, tak jadi. Entah-entah Syafiq tengah intai dia melalui window screen tu. Kantoi la dia nanti kalau dia ketawa. Lantas, jarinya menekan skrin untuk menaip. Ceh, touch screen la katakan.


Tak apa la. Saya lunch dengan Aisyah je la. Bye :)

        Syafiq yang sudah menerima mesej itu sedang runsing. Dia nak makan tengah hari dengan Fika. Begitula selalunya. Mereka berdua akan makan tengah hari bersama. Kadang-kadang tu, Aisyah pun ada sekali. Tapi, Aisyah segan. Katanya tak nak mengganggu Fika dan Syafiq. Ceh, macam la dorang tu bercinta sampai tak boleh diganggu.

        Entah kenapa pulak dengan Fika hari ni. Tiba-tiba letakkan syarat suruh lompat katak kalau nak makan tengah hari dengan dia. Selalu tak pun macam gini. Takkan la sebab dia masih marahkan aku pasal tadi, dia nak buat aku begini. Sudahlah semalam Fika tak masuk ofis. Rindu tau tak? Ceh, rindu!

        Fikir punya fikir, akhirnya dia bersetuju untuk lakukan kerja gila lagi bodoh itu. Entah mengapa dia boleh setuju entah. Sanggup dia lakukan kerja itu hanya untuk makan tengah hari dengan Fika? Huh, gila!

I would do that. Look at me.

         Fika membuntangkan mata. Biar betul? Tak malu ke dia ni? Ceh, padahal dia yang suruh. Tapi, dia main-main saja. Tapi sangatlah mengujakan bila baca SMS Syafiq yang dia nak buat kerja insane tu. Yes, satu pertunjukan yang menarik ni. Fika segera berdiri lalu bersandar di kubikelnya. Siap berpeluk tubuh lagi, kau!

        Kelihatan Syafiq sudah keluar dari pintu biliknya. Dia merenung Fika sekejap. Lantas, dia mengangguk. Lalu, dia duduk mencangkung. Dan pertunjukan pun bermula. Dan mula la riuh satu ofis dek suara staf yang ketawa bagai nak gila itu. Syafiq menahan marah. Malu pun ada. Mukanya sudah merah. Aaaa, mama! Tengok la Fiq kena buli.

          Akhirnya, Syafiq sampai tepat di hadapan Fika yang sedang berpeluk tubuh. Fika menahan ketawa yang masih bersisa. Staf yang lain masih lagi ketawa. Saat itu, difikiran Syafiq hanya la bagaimana dia hendak bunuh si Fika lepas ni. Malu tau takkkkkkkk. “Puas hati awak?”

         Ketawa Fika terburai sekali lagi. Membuatkan Syafiq macam nak terkam je si Fika ni tau. Nak saja dia tutup mulut si Fika ni tau! Nak saja dia jahit mulut si Fika ni. “Well done! Awak sangat berbakat kalau nak jadi pelawak!” Fika menyambung ketawa lagi.

         Syafiq mengetap bibir. “Awakkkk”

         Fika mencebik. Nak buat orang takut la tu. Helo, aku takkan takut dengan Syafiq ni okey! Kalau aku takut, takkan la aku berani nak suruh bos aku sendiri buat macam tu. Syafiq ni hah yang takutkan aku. Sanggup betul dia buat kerja macam ni. Haha haha.. “Dah jom. Awak nak sangat lunch kan? Jom lunch.” Fika menarik tangan Syafiq keluar dari situ. Sebab dia tahu. Syafiq mungkin tengah malu memandangkan semua staf masih menengok dia. Haha haha..



FIKA masih lagi ketawa. Sepanjang mereka makan tadi, Fika tak boleh nak tahan senyum. Kalau mata Syafiq dan Fika bertemu, Fika lagi la tak tahan nak senyum. Masih terbayang di mata kelakuan Syafiq tadi. Boleh kenyang seminggu kalau asyik ketawa begini. Eh, melampau pulak hiperbola tu.

       Dan Syafiq pulak, dari tadi menahan marah, geram dan juga malu.  Aaaa, kenapa la aku bodoh sangat nak ikut cakap dia? Aku kan bos? Aku mana boleh ikut cakap pekerja. Haishh..

       “Awak ni dah kenapa? Dari tadi asyik nak senyum-senyum?” Syafiq sudah bengang. Tak boleh nak tahan lagi. Dia mesti hambur semua kepada Fika.

       Fika ketawa. “Awak lucu sangat.”

       “Saya tahu la saya comel lagi kacak. Tu yang awak suka sangat sampai ketawa macam tu kan?” Syafiq dah masuk bakul. Saja. Nak berhentikan ketawa si Fika ni je pun. Tu yang dia cakap macam tu. Eh, tapi aku memang comel lagi kacak la. Haha..

       Fika mencebik. Berhenti seketika ketawanya. Namun, ketawanya itu kembali terburai bila mengingatkan peristiwa tadi. Peristiwa ke? Bagi Fika, kejadian tadi memang peristiwa melucukan la. Tapi, bagi Syafiq? Bagi Syafiq, kejadian tadi memang sejarah gila la. Huh. Ada ke bos kena buli oleh pekerja? Ini sungguh tidak adil. Kalau orang lain sudah lama dia pecat memandangkan dia ada ‘kuasa veto’ yang orang lain tak ada tu. Tapi, ni Fika! Kawan dia. Alahaii, dia memang tak boleh nak lawan cakap si Fika ni. Entahlah mengapa. Bodoh jugak aku ni kan! Kenapa la aku bodoh sangat nak ikut cakap dia. Entah-entah dia dah sihir aku tak? Eh,eh. Fika bukan macam gitu la. Aku dah kenal dia tiga bulan pun. Dia bukan jenis macam tu. Isy, Syafiq, syafiq!
         “Sudah-sudah la tu. Tak baik anak dara ketawa sampai macam ni sekali. Jatuh peranakn tu karang.” Waa, dahsyat sungguh hiperbola Syafiq ni kan. Haha haha.. sampai berhenti ketawa Fika. Fika takut sangat la tu kalau betul apa yang Syafiq cakapkan.
         
        “Choi!! Apa la awak ni? Teori mana awak cekau ni? Jatuh peranakan segala kalau ketawa terbahak-bahak ni? Huh. Macam mana kalau mulut awak tu masin?”

          Syafiq ketawa kecil. Haih, Fika memang cuak la ni. Haha. It’s time for me! Masa untuk aku kenakan dia pulak sekarang. “Betul. Mama saya yang cakap. Kakak mama saya pun macam awak ni. Satu hari tu, kakak mama saya tu, ketawa tak henti-henti. Tiba-tiba darah keluar. Basah skirt dia sebab ada darah. Mama saya bawak dia pergi klinik, peranakan dia jatuh tau.” Aiseh. Syafiq hentam saja. Sebenarnya tak ada pun kakak mama dia tu jatuh peranakan sebab ketawa. Hahaha.. Syafiq menahan senyum bia melihat Fika yang macam takut tu. Aha, cuak la tu.

         Bulu roma Fika naik. Seram jugak cerita yang Syafiq sampaikan tu. Kesian kakak mama si Syafiq tu kan? Huhu, aku tak nak ketawa berabis lagi la.

         “Hah, tu la. Lain kali jangan ketawa sangat. Jatuh peranakan awak nanti, siapa yang susah? Awak jugak.” Ceh, bagi nasihat konon si Syafiq ni! Padahal dalam hatinya sudah bersorak riang. 1-1 la jawabnya. Hehe, macam main bola pulak ye..

         “Fika.”

         Fika mendongak memandang Syafiq. “Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sengaja.Saya risau sangat pasal awak.”

         Fika tersenyum kecil. “Tak apa la. Saya maafkan.” Ek eleh, Fika! Taka pa konon. Maafkan konon. Padahal dia jugak yang marah sakan tadi. Haha haha..

        Syafiq juga senyum. “Fika.” Panggilnya lagi sekali.
        
         Fika mengerutkan dahi. Malas membuka mulut, isyarat itu saja yang dilakukannya. “Cuba awak senyum lagi.” Kata Syafiq. Fika mengerutkan dahi lagi. Aih, kenapa pulak dia ni? Tiba-tiba suruh aku senyum.

         “Kenapa?”

         “Senyum je la. Lepas awak senyum saya bagi tahu.”

         Lantas, Fika pun senyum. “Sebab saya rindu senyuman awak la. Dah la semalam tak dapat jumpa awak.”

         Fika terkedu. Matanya membulat. Hah, rindu? Apa yang dia merepek ni? Ah, Fika! Dia main-main je tu. Jangan percaya woi.. jangan percaya!

         “Merepek! Jom la masuk ofis. Nak masuk waktu kerja ni.” Sengaja Fika mengubah topik. Padahal dalam hati sudah tak keruan.






















No comments:

Post a Comment