Translate

Friday, 10 January 2014

IN LOVE WITH YOU - PROLOG

LELAKI itu tersenyum kepada aku. Sangat manis! Kalah gula dan juga aiskrim. Dia pakai baju putih. Sama macam baju aku ni. Gaun putih yang sangat cantik. Rambut dia kemas sangat. Entah la dimana ni. Aku rasa macam padang bola sepak. Sebab apa? Tempat di mana aku pijak ni warna hijau dan berumput-rumput. Tapi kan, kenapa di sekeliling aku dan lelaki ini warna putih sahaja? Macam kabus. Tapi kenapa tak rasa sejuk ni? Panas. Sama macam hati aku yang panas tengok lelaki ini senyum. Cair..
      “You look beautiful.” Kata lelaki itu kepada aku. Dia kata aku cantik! Salah tu, aku bukan cantik. Tapi sangat la cantik! Aku senyum kepadanya. Dia senyum kepada aku. Haih, rasa nak peluk dia saja. Rambut aku berterbangan. Tiba-tiba aku rasa lain macam. Aku tak pakai tudung! Mana tudung aku! Habis la. Habis la aurat aku dia dah nampak.
      Lelaki itu mengerutkan dahi. Hairan melihat aku yang tak tentu arah. “Kenapa?” Tanyanya.
      “Tudung saya. Mana tudung saya?”
      “Tak payah cari la.” Jawapannya itu sungguh buat aku geram. Tak payah cari? Dia nak tengok rambut aku buat apa? Bukan muhrim la. Aku tercari-cari tudung aku lagi. Tapi tak nampak. Sebab sekeliling kami semua warna putih.
      Lelaki itu memegang tangan aku yang tidak berlapik. Serta merta mulut aku melopong. Aku cuba lepaskan tangannya yang sedang memegang tangan aku. “Eii, kita bukan muhrim la.” Aku jerit kepadanya.
      Terus lelaki itu mengerutkan dahinya. Mungkin dia tidak suka aku jerit macam gitu. “Bukan muhrim? Awak lupa ke?”
      Aku pulak yang mengerutkan dahi. “Lupa apa?”
     “Kita dah muhrim la. Saya suami awak, Rayyan Mikhail. Aik? Takkan la suami hensem macam ni awak tak ingat?” Rayyan Mikhail itu senyum lagi. Terkejut aku dengar. Betul ke suami aku ni? Kenapa tak cakap dari tadi? Tak adalah aku buang masa cari tudung aku. Dan jerit dia tadi. Terus aku peluk dia. Ah, nyamannya dalam pelukan Rayyan Mikhail ni.
      Tapi, tiba-tiba sahaja macam ada yang menarik baju aku. Perlahan-lahan aku terdorong ke belakang. Jauh dari Rayyan Mikhail. “You have to be patient if you wanna be with me. Just stay love me. Okay?” Rayyan Mikhail berkata kepada aku. Kenapa nak bersabar kalau nak aku dengan dia. Jasad aku makin jauh. Makin jauh. Bila sudah terlampau jauh. Aku sedar yang aku tak berpijak di atas tanah lagi. Macam tak ada tanah. Jadi macam biasa la. Graviti! Aku jatuh ke bawah dan….

GEDUBUK! Buk! Buk! Buk! Buk! Buk! Buk! Buk! Amboi, banyak sangat bunyi ‘buk’ tu! Bunyi apa tu? Bunyi kuda ke? Bukan. Itu bunyi macam orang jatuh katil. Tapi..Siapa yang jatuh katil? Jawapannya adalah Fika. Kelihatan Fika sedang menyeringai kesakitan. Diusap punggungnya beberapa kali. Sakit la. Gila tak sakit. Bunyi ‘gedebuk’ tu punyalah panjang tadi. Fika memerhati di sekelilingnya. Mengingati kembali perkara yang menyebabkan dia jatuh ke dari katilnya tadi. Rasanya macam dia bermimpi tadi. Mimpi apa tadi ek? Ingat punya ingat, akhirnya..
          
            Oh, ya! Dia bermimpi tadi. Mimpi kahwin dengan seorang lelaki. Dan lelaki itu sangat-sangatlah dikenalinya. Bukan sahaja kenal, malah itulah lelaki yang menjadi kegilaannya. Hanya dia sahaja yang tahu kegilaannya terhadap lelaki itu. Serta-merta dia tersengih. Lepas itu, dia ketawa sendirian. Sekali tengok, macam orang dah tak betul. Macam orang gila lagaknya. Haha haha.. Nak tahu siapa lelaki itu? Dia la Rayyan Mikhail. Siapa Rayyan Mikhail ni? Rayyan Mikhail, si selebriti yang Fika minati sangat-sangat tu. Sampai termimpi-mimpi lagi. Sangatlah membuktikan yang Fika memang tergila-gilakan lelaki itu. Kadang-kadang, rasa macam gila pulak. Yalah, dia dok tergila-gilakan si Rayyan Mikhail, selebriti itu. Tapi, Rayyan Mikhail langsung tak kenal dia. Eh, banyak pulak perkataan ‘gila’ kat sini!

            Fika tersengih sendirian. Nasib baik kawan-kawannya tidak ada di rumah. Kalaulah ada, mesti mereka akan terdengar bunyi orang jatuh katil tadi. Mahu digelakkan seumur hidup oleh mereka karang. Amboi, hiperbola tu! Macam mana dia boleh tahu kawan-kawannya tiada dalam rumah ini? Yalah, hari ni kan hari kerja. Mestilah mereka tiada di rumah. Habis, Fika ni tak kerja ke? Kerja la. Tapi hari ni, dia cuti. Yalah, hari ni kan dia lambat bangun. Siap mimpi sampai jatuh katil lagi. Ah, peduli apa? Nanti dia call la ofis minta cuti sehari. Takkanlah tidak dapat cuti. Dia setakat ini adalah pekerja terbaik dalam ofisnya. Tak pernah cuti tau. Hehe hehe.. Amboi, nampak sangat menipu. Tak pernah cuti konon. Adalah sekali dua dia cuti.


           Fika memandang jam loceng di meja katil. Sudah jam sembilan suku. Hmm, memang nak ambil cuti lah ni jawabnya. Lambat doe! Apalagi sambung tidur la. Manalah tahu, si Rayyan datang balik.

No comments:

Post a Comment